Selasa, 22 Mei 2012

Bunyi ketukan daripada enjin


     Kerosakan galas dan tukup galas

 

Selalunya ketukan yang kedengaran daripada blok enjin adalah disebabkan kehausan yang berlebihan pada galas atau tukup galas. Biasanya pada galas rod penyambung pada aci engkol atau galas antara aci engkol dan blok enjin. Masaalah ini hanya dapat diatasi dengan membaik pulih enjin. Tetapi jika bunyi ketukan tidak terlalu bising, ianya boleh diatasi dengan menggunakan minyak pelincir enjin yang tebal seperti SAE 40.

 


 
     Berikut adalah beberapa ciri-ciri enjin yang baik :

 

-         Enjin mudah dihidupkan.
-         Enjin mempunyai kuasa pecutan yang baik.
-         Suhu enjin sentiasa stabil dan tidak mudah terlalu panas.
-         Enjin beroperasi dengan senyap.
-         Terdapat air yang keluar daripada ekzos,ini menunjukkan nisbah larasan bahan api yang tepat.
-         Enjin tidak bergegar semasa beroperasi.
-         Bagi enjin sistem pancutan bahan api elektronik (EFI), kerlipan lampu isyarat kerosakan tidak ada semasa enijn beroperasi.




 Contoh enjin V 8

2 ulasan:

  1. salam.. kalaw lambang cek engine dekat meter sentiase mnyala walawpun engine telah dihidupkan, rosak pe cikgu? kereta proton saga FL...

    BalasPadam
  2. saga fl ye...
    cucuk g-scan la try..
    ekzos sensor da check..
    atau ade bnyi pe2 x kt intk manifol

    BalasPadam