Selasa, 22 Mei 2012

SISTEM PENYEJUKAN ( COOLANT SYSTEM )



 
Rajah 1 : Sistem penyejukan

 
Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak dikurangkan, ia akan merosakkan komponen-komponen yang sering beroperasi. Maka suatu sistem amat diperlukan untuk menyejukkan enjin ke tahap maksimum supaya enjin dapat beroperasi dengan stabil dan sempurna. Sistem ini dikenali sebagai sistem penyejukkan.

 

Sistem penyejukkan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukkan cecair yang menggunakan bahan penyejukkan khas iaitu etil glikol dan satu lagi ialah penyejukkan angin yang ditarik melalui kipas ke arah radiator dan komponen enjin yang lain. Penyejukkan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam enjin dan penyejukkan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin menggunakan kombinasi sistem penyejuk cecair dan sistem penyejuk angin.

 

Kebanyakan enjin kereta modal tahun 1980an dan 1990an menggunakan kipas penyejuk automatik yang cuma berfungsi pada takat suhu yang tetentu sahaja.

 

Namun begitu, kedua-dua jenis sistem ini selalu mengalami kerosakan yang akan menggugat kesempurnaan operasi sesebuah enjin.

 

     Antara kerosakan yang sering berlaku ialah :-
1  Enjin terlalu panas
2  Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan.
3  Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.
4  Terdapat rekahan atau keretakan pada 'Radiator'.
5  Terdapat kebocoran pada saluran (Hose).
6  'Motor'kipas tidak berfungsi dengan baik.

 


 

 1  Enjin terlalu panas


 

     Cecair tidak ditambah setiap hari.

 

Beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan atau kesilapan semasa pemasangan.

 

Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam 'preasure check valve'. Jika terdapat kesan kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan 'impeller' sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak rata memungkinkan air boleh keluar.

 

     Hos aliran cecair rosak.

 

Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran

 

cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair didapati lembut, gantikan dengan yang baru.

 

     Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi.

 

Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26°C.

 

Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80°C bagi termostat yang bertanda 82°C, jika injap tidak terbuka selepas 82°C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama. Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin.

 

     Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.

 

Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

 

     Motor kipas rosak atau bilah kipas patah

 

Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri 'direct current' lihat samaada berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh, gantikan dengan model yang sama.

 


 

2   Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.

 

      Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran berpunca daripada dinding silinder.Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai ataupun dengan blok enjin yang baru.

 

Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik pulih.

 


 

3   Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.

 

Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin 'top overhaul'.

 
     Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin :-
-         Suhu enjin stabil semasa operasi
-         Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin.
-         Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi (antara 12-19)
-         Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.




Rajah 2 : Melihat kerosakkan pada sirip radiator
  

3 ulasan:

  1. kereta saya mmg slalu kekurangan air. kat mana ada alat penguji tekanan ya encik?

    BalasPadam
  2. masa panaskan keta air coolent menitis adakah aras cairan coolent lebih atau sbb apa.mohon pencerahan

    BalasPadam